Isnin, 30 November 2009

Mata Hati

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

~petikan salah satu dari himpunan lagu-lagu Hijjaz~

Empat Pandangan Manusia


Sebenarnya, setiap insan memandang apa sahaja di dunia ini berdasarkan empat jenis pandangan:

  1. Pandangan mata.~ sifatnya selalu menipu
  2. Pandangan akal ~ Pandangan akal (fikiran) pula sifatnya boleh tersalah
  3. Pandangan nafsu ~ Pandangan ini sifatnya melulu.
  4. Pandangan mata hati ~ Ini adalah pandangan yang paling tepat dan hakiki. Hati pada asalnya adalah bersih dan suci. Apa sahaja yang dilihatnya akan sentiasa memberi kebaikan dengan syarat kebersihan dan kesucian hati itu terjaga.

Khamis, 12 November 2009